Pusat Bahasa Terengganu (PBT) pada asalnya diwujudkan di bawah Kolej Seri Iman (KSI) dan berfungsi serta berkhidmat sebagai pusat bahasa pengajaran. KSI ditutup apabila kampus itu telah diambil alih oleh Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
PBT kemudiannya diserahkan kepada Kolej Yayasan Terengganu (KYT) dan apabila KYT telah diserap ke dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM), pengurusan PBT dikendalikan oleh anak syarikat Yayasan Terengganu.
Setelah berpindah pusat operasi sebanyak dua kali, PBT kini ditempatkan di bangunan Perpustakaan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Sejak menjalankan operasinya di sini, PBT telah berkembang serta menerima sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai.
Tanggal 23 Julai 2008, PPAT telah menerima surat penyerahan PBT dari Yayasan Terengganu sepenuhnya. Penyerahan tersebut termasuklah kakitangan yang terdiri daripada pensyarah, seorang pembantu tadbir, seorang juruteknik komputer dan dua orang pekerja rendah awam beserta peralatan.
Pembiayaan penubuhan, peralatan dan kos operasi PBT dibiayai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Menjadi pusat pembelajaran pelbagai bahasa utama di Negeri Terengganu, terkenal di Malaysia dan diiktiraf di dunia.
To be the centre of various languages learning in Terengganu, well-known in Malaysia and recognized by the world.
Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai eKursus PBT?
Sila Hubungi Kami Atau Hantarkan E-mail Kepada Kami Untuk Sebarang Pertanyaan.
+60 09-622 5452 | +60 09-6221100