PROGRAM BAHASA INGGERIS CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2017



Sempena musim cuti persekolahan ini, Pusat Bahasa Terengganu (PBT) akan mengadakan Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah Akhir Tahun 2017 yang terdiri daripada peserta seawal pra-sekolah hingga tingkatan 4 (rujuk poster). Program in berlangsung selama 2 minggu (Ahad – Khamis) dan terbahagi kepada 2 sesi iaitu :

 

Sesi I : 3-14 Dis 2017 

Sesi II : 17-30 Dis 2017

 

Tujuan utama program ialah untuk megisi masa cuti para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah disamping mempelajari cara berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan mengatasi masalah “stage fright” yang membelenggu kanak-kanak pada masa kini.  

Di PBT juga, kami menyediakan pelbagai kemudahan belajar untuk peserta seperti komputer dan alat-alat bantuan mengajar yang memudahkan sesi pembelajaran .  Tenaga-tenaga pengajar yang  telah dilantik juga terdiri daripada guru dan pensyarah yang berpengalaman.  Program seumpama ini diadakan setiap tahun di PBT dan telah berupaya menarik minat ramai peserta. 

Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai kami!! 

Pendaftaran kini dibuka!! Daftar segera !! Tempat adalah terhad!!!

Pendaftaran secara online di http://pbt.trglib.gov.my/

#visitbeautifulterengganu

#jombelajarbahasa

#programbahasa 

#ppat 

#perpustakaan

#terengganu


Tarikh Kemaskini : 2017-10-16 10:54:04